Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Memupuk kasih sayang sesama penghuni dan meletakkan hubungan ukhuwah sebagai asas utama antara faktor Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) jauh berbeza dengan rumah kebajikan lain.

Yang Dipertua RACTAR Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkata, anak yatim ini perlu dibelai dengan penuh kasih sayang dan menikmati suasana hidup riang dalam sebuah rumah tangga bahagia agar mereka tidak berasa kekurangan atau tersisih daripada masyarakat.

“Kami di RACTAR sering mengambil pendekatan jalinan ukhuwah sesama penghuni termasuk sukarelawan serta petugas sangat penting di samping perhatian diberikan kepada insan kecil yang menghiasi rumah ini.

“Kami juga memberi penekanan berkaitan asas agama serta pembelajaran kerana dua faktor itu akan menentukan masa depan penghuni, sekali gus memberi sinar kehidupan baru buat mereka,” katanya.

Nor Zehan meneruskan bakti bondanya, Tengku Ampuan Rahimah yang gemar membantu anak yatim di samping membantu golongan kurang bernasib baik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:13 AM