Muhammad Saufi Hassan


Sempena Hari Internet Selamat, Apple membuat beberapa perkakas yang paling berkuasa untuk belajar, meneroka dan terus berhubung.

  Matlamat ini adalah untuk mencipta teknologi yang memperkasakan keluarga dan memperkayakan kehidupan mereka sambil membantu mereka kekal selamat.   

  Mencapai tujuan itu, gergasi syarikat teknologi itu meneruskan inovasi bentuk ciri baharu untuk membantu memastikan kanak-kanak menggunakan peranti kami mengikut cara yang ibu bapa atau penjaga mereka mahukan.

  Pengguna boleh menyusun cara Apple bagi membantu keluarga menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, hormat, kritis dan kreatif.

  Tempoh masa skrin atau 'screen time' memberi pengguna pemahaman yang lebih baik tentang masa yang mereka dan anak-anak luangkan ketika menggunakan aplikasi, melawat laman web dan peranti secara keseluruhan.

  Mereka boleh mendapatkan laporan mingguan atau melihat penggunaan aplikasi, pemberitahuan dan pengambilan peranti tertentu.

  Masa Skrin juga membolehkan pengguna menetapkan jumlah masa pengguna atau anak-anak boleh luangkan setiap hari pada aplikasi dan laman web tertentu.

  Ibu bapa boleh membuat pengecualian untuk apl tertentu, seperti Messages atau aplikasi pendidikan dan kanak-kanak sentiasa boleh meminta lebih banyak masa untuk orang dewasa meluluskan.

  Bagi mod 'downtime, pengguna boleh memilih masa tertentu seperti waktu tidur dan aplikasi akan memberikan notifikasi apabila menghampiri waktu yang sudah ditetapkan.

  Pengguna juga boleh memilih kefungsian 'App Limits', pengguna boleh melakukan kombinasi aplikasi individu dan laman web atau melakukan pemilihan kategori tertentu.

  Bagi memberikan akses menyeluruh, penjaga boleh melakukan mod 'Communication Limits' dan pemilihan dengan siapa anak-anak mereka boleh berkomunikasi ketika waktu 'downtime'.

  Menambahkan lagi tahap keselamatan, 'Communication Safety' boleh berfungsi untuk mengesan gambar atau imej sensitif atau video yang dihantar kepada kanak-kanak atau cubaan menghantar menerusi platform mesej, Airdrop, mesej FaceTime dan sebagainya.

  Sebenarnya terdapat banyak lagi kefungsian yang boleh dimanfaatkan oleh penjaga untuk memastikan kandungan atau aplikasi yang digunakan oleh anak-anak adalah selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 11:55 PM