HAMPIR semua industri pada ketika ini sedang menuju ke arah pengguna tenaga atau bahan yang 'mesra bumi' terutamanya untuk penghasilan peranti pintar. - FOTO Google
HAMPIR semua industri pada ketika ini sedang menuju ke arah pengguna tenaga atau bahan yang 'mesra bumi' terutamanya untuk penghasilan peranti pintar. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan


HAMPIR semua industri pada ketika ini sedang menuju ke arah pengguna tenaga atau bahan yang 'mesra bumi' terutamanya untuk penghasilan peranti pintar.

Telefon pintar antara peranti yang sering dibeli oleh pengguna dan mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa setiap pengeluaran peranti sama ada telefon pintar, tablet atau laptop menggunakan bahan unik bumi sekali gus meningkatkan kadar penggunaan karbon secara keseluruhannya.

Berdasarkan satu laporan firma kajian kepenggunaan mendedahkan bahawa untuk 2020, kira-kira 1.3 juta telefon pintar sudah dijual dan angka itu bertambah tahun lalu apabila merekodkan 1.5 juta unit seluruh dunia.

Setiap penghasilan peranti pintar itu pastinya menggunakan elemen unik bumi dan kini satu usaha secara bersama sedang giat dilaksanakan terutamanya membabitkan pemain industri utama.

Sebagai contoh, syarikat teknologi terkemuka, Apple mengumumkan rancangannya untuk menjadi neutral karbon merentas keseluruhan perniagaan, rantaian bekalan pembuatan dan kitaran hayat produk menjelang 2030.

Pelan 'zero carbon' berkenaan sudah diumumkan sejak dua tahun lalu iaitu pada 2020 dan syarikat berkenaan meletakkan sasaran untuk mencapai pengeluaran karbon sifat sebelum 2030 lagi.

Disember lalu, Apple mengumumkan syarikat berkenaan sudah menggandakan bilangan pembekal yang komited untuk menggunakan 100 peratus tenaga bersih sepanjang tahun lalu sekali gus mempercepatkan lagi pelan 'karbon sifar 2030'.

Apple juga sudah membuat pelaburan kira-kira RM16 bilion dalam 'Green Bond' membantu melonjakkan pembangunan teknologi pembuatan serta kitar semula karbon rendah.

APPLE labur kira-kira RM16 bilion dalam ‘Green Bond’  bantu lonjak pembangunan teknologi pembuatan. - FOTO Google
APPLE labur kira-kira RM16 bilion dalam ‘Green Bond’ bantu lonjak pembangunan teknologi pembuatan. - FOTO Google

TELEFON pintar antara peranti yang sering dibeli oleh pengguna dan mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa setiap pengeluaran peranti sama ada telefon pintar, tablet atau laptop menggunakan bahan unik bumi sekali gus meningkatkan kadar penggunaan karbon secara keseluruhannya. - FOTO Google
TELEFON pintar antara peranti yang sering dibeli oleh pengguna dan mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa setiap pengeluaran peranti sama ada telefon pintar, tablet atau laptop menggunakan bahan unik bumi sekali gus meningkatkan kadar penggunaan karbon secara keseluruhannya. - FOTO Google

Syarikat itu juga sudah mengeluarkan tiga 'Green Bond' sejak 2016 dengan projek mempamerkan cara pelaburan berkenaan boleh mengurangkan pelepasan global dam membawa tenaga bersih kepada komuniti di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada langkah strategik berkenaan, Apple membeli aluminium tanpa karbon berikutan kemajuan besar dalam teknologi peleburan untuk mengurangkan pelepasan bahan berkenaan.

Apple juga berhasrat untuk bahan itu diperkenalkan dalam peranti baharu iPhone SE.

Naib Presiden Alam Sekitar, Dasar dan Inisiatif Sosial Apple, Lisa Jackson berkata, syarikat itu komited untuk menjadikan planet ini lebih baik dan menerusi 'Green Bond', ia adalah alat utama untuk memacu usaha alam sekitar yang lebih baik di masa depan.

"Pelaburan kami memajukan teknologi baharu yang diperlukan untuk mengurangkan jejak karbon walaupun kami beralih kepada menggunakan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui merentas produk demi memulihara sumber bumi," katanya.

Untuk rekod, 'Green Bond' 2019 menyokong 50 projek termasuk penemuan aluminium rendah karbon dan ia akan mengurangkan atau mengimbangi 2.8 juta tan metrik Bahan Setara Karbon Dioksida (CO2e).

Langkah strategik berkenaan pastinya dalam mengurangkan penghasilan bahan mengandungi jejak karbon yang tinggi sekali gus setiap peranti yang digunakan adalah mesra kepada teknologi hijau.

Pendekatan itu juga seharusnya didokong oleh semua pemain industri supaya setiap peranti yang dihasilkan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dalam masa panjang.

Keupayaan teknologi maju hari ini juga banyak membantu penghasilan tenaga serta bahan berteknologi hijau sekali gus mampu untuk mendepani masalah pelepasan karbon yang tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 7:00 AM