Pelan pascabayar XPAX POSTPAID menawarkan nilai tanpa had buat pengguna. - FOTO Celcom
Pelan pascabayar XPAX POSTPAID menawarkan nilai tanpa had buat pengguna. - FOTO Celcom
Muhamad Shaifullah Tayep

INTERNET menjadi satu keperluan buat masa ini, sama ada untuk bekerja atau bersosial.

Namun, caj yang dikenakan beberapa syarikat telekomunikasi kadangkala tidak masuk akal seterusnya memberi akses terhad kepada pengguna.

Memahami permasalahan itu, Celcom Axiata Sdn Bhd (Celcom) memperkenalkan pelan pascabayar XPAX POSTPAID paling berbaloi yang menawarkan nilai tanpa had kepada pengguna.

Pelan pascabayar yang dulunya dikenali sebagai XP Lite ini menawarkan data kelajuan penuh sebanyak 20GB pada harga RM40 atau RM60 sebulan mengikut kemampuan.

Dengan pelan ini, pengguna dapat menikmati pengalaman melayari internet yang lancar dan tanpa gangguan selain hiburan tanpa had di Facebook, Instagram dan YouTube sepanjang hari tanpa sebarang ikatan kontrak.

Image

Pengguna juga dapat menggabungkan pelan pascabayar dengan telefon pintar pilihan dalam satu pelan pada harga serendah RM199 tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Pengguna juga akan menerima hadiah apabila mendaftar pelan sebagai pelanggan baharu Celcom.

Tidak hanya itu, pengguna juga dapat menikmati ganjaran gaya hidup bulanan yang menawarkan diskaun hebat untuk jenama popular terpilih.

Pengguna juga boleh menikmati ganjaran yang diperibadikan berdasarkan gaya hidup dan tingkah laku penggunaan internet melalui just4ME yang boleh diakses daripada aplikasi Celcom Life.

Layari laman web Celcom untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan pascabayar XPAX POSTPAID.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 8:37 PM