Predator XB323Q.
Predator XB323Q.
Muhammad Saufi Hassan


Skrin paparan kelas permainan umpama satu perkakas paling penting untuk 'gamers' di luar sana dan kini Acer Malaysia memberi nafas baru kepada variasi skrin mereka.

Acer memperkenalkan dua variasi generasi baharu iaitu Predator XB323QK NV dan Nitro XV282K KV yang dipadankan bersama teknologi termaju dalam industri skrin paparan pada hari ini.

Bagi skrin paparan kelas permainan Predator XB323QK NV, ia didatangkan dengan saiz 31.5 inci bersama resolusi 4K.

Skrin itu juga mempunyai 90 peratus DCI-P3 dan mempunyai keupayaan 'Penyeragaman Adaptif'  untuk Nvidia G-SYNC.

Sesuai untuk semua genre permainan khususnya aksi pantas, skrin paparan ini didatangkan dengan kadar segar semula 144Hz bersama panel IPS untuk penghasilan tona warna lebih baik berbanding panel lain.

Predator XB323QK NV ini juga mempunyai keupayaan sokongan VESO DisplayHDR 400 yang sesuai dengan keperluan pengguna terutamanya kaki 'gamers'.

Pengguna boleh melakukan pengubahsuaian sudut penglihatan dengan mudah  hasil daripada rekaan inovatif ErgoStand.

Pra tempahan untuk skrin ini boleh dibuat di mana-mana kedai rasmi Acer bermula 6 Oktober ini dengan tanda harga RM4,299.

Pengguna yang membuat pra tembahan akan menerima beberapa perkakas tambahan bernilai RM800 antaranya Predator Galea 311, papan kekunci Predator Aethon 300 dan tetikus Predator Cestus 310.

Untuk skrin paparan Acer Nitro XV282K KV pula turut menawarkan resolusi paparan 4K UHD bersama panel IPS untuk pengguna.

Ia menyokong teknologi AMD FreeSync bersama kadar segar semula 144Hz dengan kadar respons tindak balas 1ms sekali gus sangat bersesuaian untuk genre permainan aksi pantas.

Tanda harga untuk skrin ini adalah RM3,299 dan pra tempahan boleh dibuat pada waktu sama dengan Predator XB323QK NV dan turut menerima perkakas tambahan bernilai RM589.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 10:33 AM