PENGGODAM lebih bijak mendahului teknologi sekali gus memanipulasi data sensitif pengguna.
PENGGODAM lebih bijak mendahului teknologi sekali gus memanipulasi data sensitif pengguna.
Muhammad Saufi Hassan


MUNGKIN menjadi trend pengguna masa kini gemar mencari kenalan atau pasangan secara atas talian atau lebih mudah menggunakan aplikasi mencari pasangan.

Dalam beberapa dekad sebelum ini, kesan proses digitalisasi sudah merubah landskap sosial masyarakat pada masa kini dan semua keadaan secara praktikalnya berkaitan dunia digital.

Proses transformasi digital ini sudah memasuki setiap segmen kehidupan dan ia membuka lebih banyak ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi maklumat sensitif milik pengguna.

Berdasarkan satu laporan daripada firma anti virus terkemuka berpangkalan di Russia, Kaspersky mendedahkan bahawa serangan perisian hasad (Malware) menggunakan platform pencarian pasangan sebagai medium utama.

Aplikasi pencarian pasangan yang popular seperti Tinder atau Badoo menjadi sasaran utama kepada penggodam untuk menyebarkan perisian hasad.

Perisian hasad berkenaan tanpa disedari akan masuk ke dalam peranti pengguna dan melakukan bukaan pintu belakang (end door) serta membolehkan penggodam memanipulasi data sensitif.

CONTOH aplikasi pendua yang dibina oleh penggodam untuk memperdayakan pengguna.
CONTOH aplikasi pendua yang dibina oleh penggodam untuk memperdayakan pengguna.

Aplikasi berkenaan menjadi ‘umpan’ sebelum perisian hasad memasuki peranti atau meminta langganan yang menawarkan kadar mahal kepada pengguna.

Analisis perisian hasad menerusi nama-nama khusus daripada 20 aplikasi yang berada di pasaran maya menunjukkan sebanyak 1,963 fail unik tersebar pada tahun lalu.

Lebih memeranjatkan apabila kebanyakan fail tersebar berkenaan didapati menerusi aplikasi yang sah.

Secara keseluruhannya, dua pertiga menggunakan nama aplikasi yang sah sedangkan sebenarnya ia adalah perisian pendua yang dicipta oleh penggodam untuk memperoleh data pengguna.

Perisian hasad ini akan menjangkiti setiap fail peribadi pengguna dan ia boleh dimuat turun oleh pihak lain tanpa pengetahuan pengguna sama ada fail itu boleh dimuat turun atau tidak.

Sebagai contoh, salah satu aplikasi yang pada pandangan pertama kelihatan seperti Tinder sebenarnya adalah Trojan perbankan yang sentiasa meminta hak perkhidmatan kebolehcapaian.

Satu lagi nama itu sendiri sebagai ‘Tetapan’ selepas dipasang, menunjukkan mesej ‘kesalahan’ palsu dan kemudian hilang, dengan kemungkinan yang tinggi ia akan kembali dengan iklan yang tidak diingini beberapa hari kemudian.

Penjenayah siber ini sentiasa menukar modus operandi mereka memandangkan dunia digital berubah setiap masa dan ia menyukarkan pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan.

Bagaimanapun, pengguna seharusnya lebih bijak dalam melakukan penilaian antara aplikasi pendua atau sebenar serta tidak tertipu dengan jerat yang dipasang oleh penggodam.

ANCAMAN siber pada masa kini sering berubah wajah dan memerlukan kepekaan pengguna untuk meneliti setiap aplikasi.
ANCAMAN siber pada masa kini sering berubah wajah dan memerlukan kepekaan pengguna untuk meneliti setiap aplikasi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 7:00 AM