ERICSSON antara syarikat yang menyatakan tidak akan hadir bagi MWC di Barcelona, tahun ini. FOTO AFP
ERICSSON antara syarikat yang menyatakan tidak akan hadir bagi MWC di Barcelona, tahun ini. FOTO AFP
Muhammad Saufi Hassan


ANCAMAN koronavirus baharu yang sedang melanda dunia mengakibatkan beberapa syarikat gergasi menarik diri daripada menyertai Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) yang akan berlangsung kurang 14 hari lagi di Barcelona, Sepanyol.

LG, Ericsson dan Nvidia menyatakan tidak akan hadir bagi kongres tahunan berkenaan manakala syarikat ZTE membatalkan sidang media mereka ketika majlis berkenaan kelak.

Beberapa syarikat lain juga ‘mengecilkan’ delegasi rombongan mereka dan sekretariat MWC dikatakan akan memperketatkan kawalan pada pintu masuk kongres dan ruang pameran untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Kongres tahunan berkenaan menjadi pentas utama bagi semua pemain industri untuk mempamerkan keupayaan teknologi mereka dan pemerhati teknologi antarabangsa menjangkakan bahawa sambutan MWC tahun ini tidak terjejas dengan serangan koronavirus baharu.

Mereka menjelaskan bahawa langkah pencegahan akan diambil terlebih dulu dan mengetatkan kawalan termasuk mengambil bacaan suhu individu yang masuk ke ruang pameran.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 5:23 PM