GAMBAR Hiasan.
GAMBAR Hiasan.
Muhammad Saufi Hassan


PENGANJURAN pameran teknologi tahunan, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC20) meletakkan larangan pengunjung terutamanya dari Wilayah Hubei, China sebagai langkah awal pencegahan.

Perkara itu diputuskan oleh penganjur MWC20 iaitu GSMA yang melihat langkah berkenaan sebagai kaedah terbaik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Menerusi satu kenyataan, GSMA sudah memaklumkan kepada sekretariat MWC20 bahawa pengunjung dari Wilayah Hubei atalha dilarang untuk memasuki ruang pameran atau sebarang acara.

Bagi pengunjung yang pernah melawati mana-mana wilayah di China dalam tempon dua minggu sebelum acara berkenaan akan melalui proses saringan termasuk semakan suhu badan.

Dalam perkembangan sama, Amazon mengumumkan menarik diri daripada pameran tahunan berkenaan bersama-sama dengan Ericsson, Nvidia dan beberapa pemain industri lain.

Wujud khabar angin yang menyatakan bahawa GSMA sedans menimbangkan untuk penangguhan acara berkenaan namun tiada kenyataan rasmi daripada organisasi berkenaan sehingga kini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 5:55 PM