SESUAI untuk setiap kaki game yang gemar bermain genre permainan peperangan atau penembak pertama (FPS) dalam talian.
SESUAI untuk setiap kaki game yang gemar bermain genre permainan peperangan atau penembak pertama (FPS) dalam talian.
Muhammad Saufi Hassan


DUNIA jaringan Internet tanpa wayar kini semakin maju dan pengguna lebih gemar memilih penghala atau ‘router’ yang menawarkan kestabilan ketersambungan walaupun menggunakan pelbagai peranti lain.

Kebanyakan penghala akan menghadapi masalah jika berdepan kawasan yang luas atau blok rumah berkonkrit kerana ia akan menghalang isyarat kepada peranti pengguna.

ASUS menerusi penghala terbaharunya iaitu RT-AX88U adalah penghala terbaik bukan saja untuk kawasan kediaman yang besar malah ia menawarkan kestabilan jaringan.

Penghala itu juga mendapat pengiktirafan Wi-Fi 6 sekali gus menjadi antara penghala yang pertama mendapat pengiktirafan itu berbanding jenama lain.

Secara asasnya, WiFi 6 menawarkan prestasi kelajuan penghantaran data 2.3 kali lebih cepat dan mempunyai kapasiti jaringan jangkauan melebihi empat kali ganda berbanding WiFi 5 (802.11ac).

Penghala ini juga mampu beroperasi dalam jaringan padat iaitu bagi kawasan yang mempunyai pelbagai pertindihan jaringan dan penghala ini mampu memancarkan isyarat dengan baik walaupun berdepan situasi berkenaan.

Penghala RT-AX88U juga dilengkapi sistem jaringan protokol keselamatan WPA3 dan WiFi pelbagai frekuensi untuk menjamin pengalaman baik kepada pengguna.

PENGHALA RT-AX88U juga dilengkapi dengan sistem jaringan protokol keselamatan WPA3 dan WiFi.
PENGHALA RT-AX88U juga dilengkapi dengan sistem jaringan protokol keselamatan WPA3 dan WiFi.

WiFi 6 menawarkan penghantaran data dengan lebih pantas selain meningkatkan sambungan kepada peranti tanpa masalah kacau ganggu seperti penghala lain.

Ia juga sesuai untuk setiap kaki game yang gemar bermain genre permainan peperangan atau penembak pertama (FPS) dalam talian, sudah pasti memerlukan jaringan Internet stabil untuk pengalaman bermain yang baik.

Kebiasaannya, kaedah terbaik untuk mengekalkan kestabilan jaringan Internet adalah menggunakan kabel LAN yang disambungkan terus ke penghala.

Namun, menggunakan sambungan terus menerusi kabel tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah apabila bacaan ‘ping’ di dalam permainan masih menunjukkan kadar yang tinggi.

Istilah ‘ping’ adalah reaksi masa nyata antara sambungan Internet pengguna dengan sistem pelayan permainan berkenaan dan lebih tinggi bacaan ping lebih lambat kadar maklum balas permainan.

Keadaan itu sememangnya memberi masalah besar kepada kaki game kerana kelewatan reaksi berkenaan akan mengakibatkan pemain mungkin ditembak musuh atau pengalaman permainan yang tidak begitu bagus.

Bagi jenama penghala lain, masalah utama yang sering dihadapi pengguna adalah struktur rumah yang mempunyai ‘zon tiada sambungan’ (WiFi Dead Zone) terutama bagi jenis kediaman lebih dua tingkat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 11:45 AM