TM dijangka berkongsi lanjut mengenai promosi baharu ini tidak lama lagi.
TM dijangka berkongsi lanjut mengenai promosi baharu ini tidak lama lagi.
Muhammad Saufi Hassan


TELEKOM Malaysia (TM) mengumumkan pelan baharu untuk pengguna Streamyx iaitu pakej kelajuan mencapai 8Mbps pada kadar RM89 sebulan.

Pengguna sedia ada boleh menikmati pakej harga promosi itu pada kadar RM69 sebulan dan harga baharu berkenaan untuk pengguna perumahan saja.

TM tidak membuat pengumuman untuk pengguna perusahaan pada masa ini.

Perubahan harga ini dijangka mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengguna kerana sebelum ini sesiapa yang di luar kawasan liputan Internet fiber perlu membayar sehingga RM110 bagi pakej 1Mbps saja.

TM dijangka berkongsi lanjut mengenai promosi baru ini tidak lama lagi.

TM turut mengatakan akan hadir dengan penawaran tanpa wayar tersendiri dalam mengatasi masalah rangkaian yang dihadapi oleh pengguna Streamyx tidak lama lagi.

Sebelum ini, rata-rata pengguna Streamyx menyatakan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar perkhidmatan yang tinggi sedangkan harga berkenaan tidak jauh berbeza bagi pengguna yang dapat menikmati jaringan Internet fiber.

Pengumuman itu bakal mendapat maklum balas positif daripada pengguna

terutama pelanggan yang di luar kawasan liputan Internet berkelajuan tinggi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 8:53 AM