ASUS ROG perkenal lima produk yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi.
ASUS ROG perkenal lima produk yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi.
Muhammad Saufi Hassan


JENAMA segmen permainan terkemuka, Asus Republic of Gamers (ROG) baru-baru ini mengumumkan lima produk terbaharunya termasuk peranti hibrid laptop dan desktop.

Lima produk berkenaan terdiri daripada dua laptop iaitu versi ROG Zephyrus S serta ROG Strix G, manakala dua desktop kelas permainan dikenali ROG Huracan dan peranti hibrid ROG Mothership.

Bagi ROG Zephyrus S menggunakan pemproses Intel Core i7-9750H yang dipadankan dengan kad grafik Nvidia GeForce RTX 2070 dan dijual pada harga RM8,899.

Asus ROG Strix pula dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5-9300H dan dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX1650, dijual dengan harga RM3,899.

Produk hibrid Asus ROG Mothership pula adalah peranti segmen permainan pertama yang menggabungkan dua kategori iaitu laptop dan desktop.

ROG Mothership menggunakan pemproses Intel Core i9-9980H di samping keupayaan sistem storan termaju menggunakan PCIe NVMe 512GB serta memori (RAM) 16GB DDR4 2666MHz.

Peranti ini dikuasakan dengan kad grafik Nvidia GeForce RTX2080 dan menggunakan skrin paparan 17.3 inci panel IPS bersama kadar segar semula 144Hz.

Tanda harga bagi peranti ini adalah RM26,999 dan mula dijual di pasaran Ogos ini sesuai untuk penggemar permainan sukan elektronik yang mahukan peranti mudah alih namun berkuasa.

Selain itu, Asus ROG memperkenalkan dua lagi produk untuk segmen permainan konvensional iaitu desktop Huracan G21 yang didatangkan dengan dua varian berbeza.

Bagi kedua-dua varian berkenaan, Huracan G21 menggunakan pemproses Intel Core i9-9900K serta Intel Core i5-9400 serta RAM 16GB DDR4 2666MHz.

Kad grafik pula dibezakan dengan Nvidia GeForce RTX2080 dan RTX2060 manakala desktop ini masing-masing dijual pada harga RM11,999 dan RM6,299.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 11:14 AM