MENGUTIP hasil tanaman juga antara terapi yang menggalakkan perkembangan sensori anak autistik.
MENGUTIP hasil tanaman juga antara terapi yang menggalakkan perkembangan sensori anak autistik.
Yusliza Yakimir Abd Talib


MEMBESARKAN anak autistik boleh membawa banyak cabaran. Seperti kanak-kanak normal yang lain, mereka juga wajar menerima galakan dan dorongan untuk belajar serta bermain.

Satu daripada cara menggalakkan mereka melakukan aktiviti yang merangsang dan mengembangkan kemahiran interaksi dan sensori adalah dengan berkebun.

Ibu kepada dua anak autistik ini menjadikan aktiviti berkebun sebagai antara terapi yang berjaya membantu anaknya meningkatkan kemahiran dan perkembangan mereka.

Su Naas Ah Jeang, 39, berkata, ketika anaknya masih kecil, mereka mengalami banyak masalah sensori, amat sensitif pada kotoran, geli pada tanah dan kawasan berair.

Katanya, kedua-dua anaknya itu juga tidak mahu menyentuh sayur atau buah yang teksturnya tidak rata kerana geli selain terlalu sensitif pada bau dan tekstur.

“Disebabkan itu, mereka tidak mahu makan sayur, buah dan semua jenis herba. Jadi, saya terfikir untuk babitkan mereka dengan aktiviti berkebun yang saya usahakan sejak 2014 di laman rumah.

“Mereka tunjukkan perkembangan positif dan kini tidak lagi geli pada tanah dan sayur. Mereka juga sudah boleh tolong menanam pokok, menyiram tanaman dan mengutip hasil dengan bantuan saya.

PEMAIN Australia meraikan gol kedua ketika menentang Brazil. FOTO AFP
PEMAIN Australia meraikan gol kedua ketika menentang Brazil. FOTO AFP

“Selain itu, masalah terlalu sensitif pada bau juga sudah kurang dan mereka boleh terima herba dalam masakan. Lebih menggembirakan, kini mereka boleh makan beberapa jenis sayur dan buah,” katanya yang mengusahakan kebun dapur di rumahnya di Parit Raja, Batu Pahat.

Menurutnya, selain memberi manfaat buat anaknya, aktiviti itu juga turut menjadi terapi minda buat dirinya sendiri.

Ini kerana, katanya, menjadi suri rumah sepenuh masa dengan dua anak autistik adalah tugas yang mencabar dan memberi tekanan. Oleh itu, melihat tanaman hijau dan bunga berwarna-warni adalah terapi terbaik untuk dirinya dan suami.

Su Naas berkata, suaminya turut berkongsi minat sama namun disebabkan anak mereka masih memerlukan pengawasan penuh sepenuh masa jadi, suaminya itu akan membantu menjaga anak selepas waktu pejabat dan memberi peluang kepada dirinya untuk berkebun.

Dia dan suami gembira apabila anak mereka kini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daripada geli menyentuh tanah, kini mereka sudah sekarang sudah berminat dengan pokok dan bunga serta gemar bermain lumpur.

Katanya, hasil tanaman yang diusahakan itu biasanya untuk dimakan sendiri namun jika hasilnya lebih, dia turut memberi jiran dan menjualnya menerusi promosi secara dalam talian dan di sekolah untuk menggalakkan aktiviti anak.

TANAMAN tembikai hidup subur.
TANAMAN tembikai hidup subur.

“Melalui pendedahan awal ini, kami memang bercadang untuk menggalakkan anak menceburi bidang pertanian apabila mereka besar nanti,” katanya.

Tambahnya, bagi menambah pengetahuan dalam aktiviti itu, dia turut mengikuti kumpulan Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang banyak memberi maklumat berguna seperti teknik, petua dan tip yang dikongsi sesama ahli.

Malah katanya, daripada kumpulan itu juga dia dapat mengenal banyak jenis pokok yang sebelum ini tidak pernah dilihat, mengetahui khasiat pelbagai tanaman dan banyak lagi.

Su turut berkongsi petua yang digunakannya untuk menyuburkan tanaman antaranya menggunakan baja organik seperti serbuk kopi yang sudah digunakan.

Ini kerana katanya, disebabkan aktiviti itu dilakukan bersama anak, dia perlu memastikan tiada unsur membahayakan kesihatan mereka. Jadi, baja itu digunakan kerana tidak menyebabkan alahan seperti gatal jika terkena tangan.

“Untuk mengelakkan serangan serangga pada sayur pula saya letakkan ubat gegat di sekeliling tanaman. Bau ubat gegat boleh menghalau serangga dari mendekati sayur.

“Untuk siput pula saya gunakan racun siput berbutir, tapi racun ini ditabur jauh dari tanaman, contohnya di luar kawasan rumah. Siput menyukai racun ni, jadi ia akan memakan racun ini bukan tanaman,” katanya.

ANAK Su Naas kini sudah boleh membantu menyiram tanaman.
ANAK Su Naas kini sudah boleh membantu menyiram tanaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 4:30 AM