DR MARIAM bersama produk Halea Natural Skin Care yang dilancarkan baru-baru ini.
DR MARIAM bersama produk Halea Natural Skin Care yang dilancarkan baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib

KEBERKESANAN halia hutan atau halia liar dalam bidang kecantikan mendorong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan produk berasaskan tumbuhan herba menerusi produk kecantikan Halea Natural Skin Care.

Penyelidikan UTM halia hutan atau lebih dikenali sebagai lempoyang adalah bahan aktif yang kaya dengan antioksidan sekali gus berupaya memberi manfaat pada kulit.

Menurut Pengasas Halea Natural Skin Care Dr Mariam Firdhaus Mad Nordin, dia ingin berkongsi idea dalam mereka bentuk peralatan pengekstrakan selepas memperoleh geran penyelidikan dari kerajaan.

“Lempoyang sejak dulu diketahui khasiatnya dalam perubatan tradisional. Ia digunakan sebagai bahan herba untuk perawatan ibu selepas bersalin. Menyedari khasiat yang tinggi dan bertindak sebagai agen antipenuaan kajian terhadap tumbuhan ini dijalankan penyelidik UTM dan menemui bahan utama yang mampu menjadikan kulit lebih mulus.

“Malah pengekstrakan berasaskan teknologi air ini berupaya menjadikan produk ini merawat jerawat, jeragat serta mengembalikan keremajaan wajah,” katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan pembersih wajah dan juga serum dalam pek mini Halea RM78. Untuk pembelian biasa, pembersih bernilai RM65 manakala serum RM175.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 6:30 AM