MY Skin Fitness Complexion Booster.
MY Skin Fitness Complexion Booster.
RANGKAIAN produk penjagaan diri Paul Penders.
RANGKAIAN produk penjagaan diri Paul Penders.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Kuasa penyembuhan yang dimiliki tumbuhan organik melata di hutan hujan di negara ini diekstrak menggunakan teknologi terkini bagi memastikan bahan bioaktif terus kekal untuk memberikan ­kebaikan maksimum dalam setiap produk penjagaan diri, Paul Penders.

Lebih 40 tahun beroperasi di pentas antarabangsa, jenama itu yang turut diiktiraf Persatuan Vegetarian Amerika (AVA) selain mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kini memasuki pasaran negara ini.

Diadun daripada 22 bahan herba termasuk pegaga, halia, minyak kelapa dara, air kelapa, kunyit dan pokok sabung nyawa, ia menawarkan produk penjagaan diri untuk semua golongan usia daripada bayi hingga orang dewasa, lelaki dan perempuan.

Malah, jenama yang menawarkan 54 produk yang dihasilkan daripada bahan semula jadi itu turut memfokuskan kepada produk solekan, pelindung sinaran ultra ungu (UV), antipenuaan, rawatan jerawat, rambut, barangan bayi, mandian serta minyak wangi.

Menurut Pengarah Pengedaran Paul Penders Malaysia dan Singapura, Omardani Md Daud, antara produk yang paling mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna jenama itu adalah My

Skin Fitness Complexion Booster yang menggabungkan kebaikan rumpai laut Caribbean dan pokok sabung nyawa.

Produk itu mampu melawan kesan kusam pada kulit, meningkatkan lembapan, memperbaiki tekstur

dan warna kulit, memudarkan tanda penuaan kulit dan mengurangkan kedut halus.

Ia juga mencerahkan, menganjalkan dan membuatkan kulit terasa lebih lembut dan lembap dalam tempoh dua minggu pemakaiannya.

Selain itu, gincu daripada Paul Penders juga unik kerana menawarkan beberapa warna matte dilengkapkan dengan kebaikan 22 herba organik dan minyak semula jadi tumbuhan untuk memberikan lembapan tambahan.

Gincu berkenaan yang mempunyai tekstur berkrim dan mudah disapu, bebas daripada sebarang bahan pewarna tiruan dan pencelup kimia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 1:03 PM