KEMPEN menampilkan kecantikan sebenar wanita.
KEMPEN menampilkan kecantikan sebenar wanita.
Hajahfarhana Tarmudi


Siapa yang tidak mahu memiliki mata besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah cerah serta rahang berbentuk V? Kesempurnaan bentuk wajah idaman kebanyakan wanita itu dianggap sebagai lambang kecantikan.

Namun, kecantikan sebenar tidak seharusnya dilihat dari segi luaran penampilan semata-mata sebaliknya ia mempunyai maksud yang subjektif.

Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-60, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal.

Malaysia antara negara yang mempunyai rakyat berasal dari pelbagai rumpun bangsa di Asia. Takrif kecantikan wanitanya juga berbeza, menjadikan negara ini begitu istimewa.

Wanita seharusnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Bagi membantu menyerlahkan kecantikan wanita di negara ini yang unik dan tersendiri, jenama berkenaan menjemput individu yang berminat untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka.

Menggunakan tema #IamRealBeauty, pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke-60 untuk memberi peluang kepada wanita menjadi sebahagian daripada wajah yang akan dipaparkan dalam kempen berkenaan.

Tanpa mengira warna kulit, jenis rambut dan usia, wanita berminat boleh memuat naik gambar di Instagram atau laman sesawang jenama itu dengan hashtag sama bermula dari 21 Ogos hingga 1 Oktober depan.

Setiap gambar akan dikumpulkan dan peserta yang terpilih akan didaparkan dalam laman sesawang jenama berkenaan selain kempen pengiklanannya pada 2018.

Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini.

Ikrar berkenaan adalah komitmen jenama itu bagi menampilkan kecantikan sebenar untuk menghargai wanita di mana saja dan tidak menggunakan model dalam kempen serta berusaha memberi keyakinan dengan tubuh mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 7:25 AM