Philips

“Walaupun Malaysia kaya hidangan daripada pelbagai bangsa, setiap masakan ada perbezaannya. Secara asas, masakan Melayu menggunakan bahan segar seperti bawang, cili dan halia yang ditumis. Masakan Cina pula berasaskan sos berkualiti dan sup manakala India kaya dengan rempah-ratusnya.

“Masakan Barat kaya protein dengan daging, ayam dan ikan. Tetapi, kini kebanyakan hidangan berkongsi bahan yang sama. Masakan Cina menggunakan rempah dari India, Melayu pula dengan sos tiram. Menerusi hidangan secara tidak langsung, dapat mengeratkan hubungan sesuatu bangsa,” katanya yang kini mempunyai 12 buku masakan dengan buku resipi pertama berjudul Memorable Recipes for Malay Occasions.

Sebagai tukang masak yang melalui dua zaman berbeza, Marina mempunyai misi untuk mengekalkan hidangan tradisional menggunakan peralatan moden. Jelasnya inovasi dalam penghasilan peralatan di dapur mempunyai banyak kelebihan. Antaranya membantu meringankan tugas di dapur dan menjadikan waktu memasak lebih singkat.

Sebagai pengamal masakan Melayu, sesetengah resipi tradisional mengambil masa lama untuk disiapkan. Rendang daging mengambil masa lapan jam untuk mencapai rasa optimum dan tekstur yang sebati dalam hidangan. Begitu juga dengan ketupat yang memerlukan lima hingga enam jam untuk mampat dan masak.

“Namun rekaan peralatan dapur yang berinovasi membantu kerja memasak menjadi lebih mudah, menjimatkan masa, sekali gus membolehkan ibu meluangkan masa bersama keluarga tersayang,” katanya.

Dia yang sering mengadakan bengkel memasak mengakui mengenali jenis masakan adalah satu cara mengingati asal usul keturunan. Kebanyakan remaja sekarang tidak lagi mengenali halwa maskat, kesirat, harissa atau kacang pul. Laksa Johor yang menjadi hidangan kegemaran ramai hanya boleh didapati di luar.

“Inilah yang saya sering perjuangkan agar wanita memilih memasak di rumah kerana ia cara terbaik menikmati hidangan tradisional pada masa sama mengekalkannya.

“Jika kita mudah menerima budaya Barat dalam kehidupan, rasanya tidak salah kita menggunakan inovasi dan teknologi dalam masakan sebagai satu cara hidup. Pada saya, peralatan moden membantu memudahkan proses memasak dan mengurangkan masa di dapur.

“Menggunakan bahan yang dipilih sendiri menjanjikan penghasilan makanan sihat dan selamat. Menerusi periuk Philips All In One Pressure Cooker, menjadikan cara memasak lebih mudah, cepat dan lebih penting dapat mengekalkan resipi nenek moyang terdahulu,” katanya.

Dilengkapi sistem memasak pintar, periuk Philips All In One Pressure Cooker membolehkan masakan dimasak perlahan, sekali gus mengekalkan nutrisi dan rasa semula jadi bahannya.

“Rendang disiapkan dalam masa 30 minit, ketupat pula masak tidak sampai 15 minit. Ia sangat cepat namun rasanya kekal enak.

“Sebagai contoh apabila ada masa saya menggunakan lesung batu untuk membuat sambal belacan. Sebaliknya jika ingin cepat saya kisar menggunakan pengisar. Ibu dulu menggunakan batu giling untuk mengisar bawang dan cili tetapi kini ia tidak lagi praktikal kerana ramai ibu bekerja dan menghabiskan banyak waktu di luar,” katanya.

Marina melalui fasa yang sangat nostalgia mengakui arwah ayah bukan setakat boleh memasak tetapi menjadi orang penting menyediakan bahan utama masakan khususnya pada musim perayaan.

“Tiba musim perayaan orang lelaki bertungkus-lumus di dapur mengacau rendang dan dodol. Anak perempuan pula menghiris bawang, membasuh pinggan dan menyediakan meja hidangan.

“Melihat keindahannya saya masih meneruskan tradisi ini. Untuk itu saya mendedahkan anak lelaki dengan tugas di dapur. Saya bahagikan tugas agar semua bertanggungjawab melakukannya,” katanya yang turut menerapkan perkara sama menjelang Ramadan.

Sepanjang Ramadan Marina jarang membeli makanan di luar, sebaliknya memasak sendiri juadah berbuka puasa. Perancangan menu sepanjang Ramadan disediakan oleh anak bagi memberikan mereka keseronokan.

“Secara tidak langsung, kami mengajar anak selok-belok memasak, memahami apa yang mereka masukkan ke dalam masakan dan dedikasi sepanjang memasak. Ini sekali gus mengeratkan perhubungan,” katanya yang akan memperlahankan aktiviti termasuk mengacara program televisyen dan kelas memasak bagi memberikan tumpuan kepada keluarga dan amal ibadah.

Nombor model: HD2137

Harga: RM799

Boleh diperoleh di semua pasar raya atau beli secara dalam talian di gedung rasmi Philips di Lazada http://www.lazada.com.my/philips-official store/

Memasak kini lebih mudah dan cepat menggunakan periuk Philips All In One Pressure Cooker. Jika cara konvensional memerlukan empat hingga enam jam tetapi dengan periuk pintar ini hanya mengambil masa 30 minit. Rasa masakan tetap terpelihara malah ada kala menjadi lebih sedap. Untuk pembaca Harian Metro, Cef Marina menunjukkan cara mudah memasak rendang daging menggunakan periuk Philips All In One Pressure Cooker.

Masa penyediaan: 
20 minit

Masa memasak: 
8 jam dengan kaedah masak perlahan menggunakan 
periuk ini.

Cara konvensional: 
4 hingga 6 jam

Hidangan: 
Untuk 4 orang

Bahan perapan:

2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil ketumbar

½ sudu teh jintan manis

½ sudu teh jintan putih

Bahan kisar:

- 2 biji bawang besar

- 3 ulas bawang putih

- 1 inci halia dibuang kulit

- 3 ruas kunyit hidup dibuang kulit

- 2 inci lengkuas

- 4 batang serai

Bahan lain:

- 1 kilogram (kg) daging, dipotong menjadi 1 ½ inci kiub

- ¼ cawan minyak masak

- 2 kuntum bunga lawang

- 5 kuntum cengkih

- 5 biji pelaga

- 1 sudu besar pes cili

- 2 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan ½ cawan air

- 2 sudu kecil garam

- 3 sudu besar gula melaka, diparut

- 2 cawan santan pekat

- 2 sudu besar kerisik

- 3 helai daun limau purut

- 1 tangkai daun kunyit, dihiris halus

Cara memasak menggunakan periuk Philips All In One Pressure Cooker:

1. Masukkan daging 
yang sudah dipotong ke 
dalam mangkuk. Salut 
dengan bahan perapan dan 
biarkan 20 minit.

2. Buka penutup periuk dan tekan butang ‘saute/sear’ pada suhu tinggi dan ‘start’.

3. Tuangkan minyak, tumis bahan kisar, pes cili, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau. 
- Gambar 1

4. Masukkan daging yang diperap ke dalam periuk. Kacau selama 20 saat. 
- Gambar 2

5. Tuangkan santan, air asam jawa, daun limau purut dan gula Melaka. Kacau sehingga sebati. - Gambar 3

6. Tutup periuk dan buka injap di bahagian atas penutup pada kedudukan ‘seal’. 
- Gambar 4

7. Masak dengan ‘slow cook’ pada suhu rendah dan tetapkan masa lapan jam kemudian tekan ‘start’. Atau pilih ‘pressure cook’ dan pilih ‘daging/ayam’ kemudian pilih untuk memasak selama 30 minit kemudian, tekan ‘start’. 
- Gambar 5

8. Apabila butang ‘keep warm’ menyala ini bermakna rendang sedia dimasak.

9. Lepaskan injap dengan mengubah arah kepada ‘vent’.

10. Buka penutup periuk, masukkan kerisik dan garam, kacau. Tekan butang ‘saute/sear’ pada suhu tinggi dan tekan ‘start’.

11. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah pekat. Tingkatkan masa memasak untuk kuah yang lebih pekat.

12. Taburkan hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan kepada tetamu. - Gambar 6

Kaedah konvensional:

1. Perap daging menggunakan bahan kisar, biarkan semalaman dalam peti sejuk.

2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.

3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih biarkan selama tiga saat.

4. Tumis bahan kisar, masukkan pes cili dan kacau sehingga naik bau.

5. Masukkan daging dan kacau selama lapan minit. Apabila daging sudah separuh masak, tuangkan santan.

6. Perlahankan api dan kacau selama setengah jam.

7. Campurkan air asam jawa, daun limau purut dan kerisik. Kacau selama satu hingga dua jam. Tambahkan air untuk melembutkan daging.

8. Tambahkan perisa dan garam

9. Apabila kuah pekat, taburkan hirisan daun 
kunyit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 11:27 AM