PESAWAT Antonov-24 yang mendarat di sungai yang membeku di Rusia. FOTO Agensi
PESAWAT Antonov-24 yang mendarat di sungai yang membeku di Rusia. FOTO Agensi
Reuters

Moscow: Menggemparkan apabila sebuah pesawat Antonov-24 era Soviet yang membawa 30 penumpang, baru-baru ini, mendarat di sungai yang sudah membeku di Rusia.

Lokasi itu terletak berhampiran lapangan terbang di wilayah timur jauh negara itu.

Insiden pada Khamis minggu lalu itu dilaporkan berlaku kerana kesilapan juruterbang, kata pendakwa raya.

Polar Airlines An-24 selamat mendarat di Sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia, kata pendakwa raya.

Menurut maklumat awal, punca insiden penerbangan adalah kesilapan juruterbang

Ia disahkan oleh jurucakap pendakwa pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya turut berkongsi gambar pesawat itu di sungai yang beku itu.

Sementara itu, akhbar Izvestia memuat naik gambar penumpang keluar dari pesawat.

"Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.

Polar Airlines turut berkongsi perkembangan insiden itu dalam satu kenyataan ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2024 @ 11:23 AM