FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Berlin: Jerman akan memansuhkan kewajipan pemakaian pelitup muka di dalam kereta api dan bas jarak jauh mulai 2 Februari depan, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

Menteri Kesihatannya, Karl Lauterbach membuat pengumuman itu selepas berunding dengan menteri dari 16 negeri persekutuan Jerman, dengan mengatakan keadaan jangkitan sudah stabil.

Lauterbach, bagaimanapun, menggalakkan orang ramai untuk terus memakai pelitup muka secara sukarela atas tanggungjawab peribadi sambil menambah virus itu tidak boleh dipandang remeh dan memberi amaran mengenai potensi kesan jangka panjang.

Katanya, beberapa faktor menyumbang kepada perubahan dasar itu.

"Ia termasuk tahap imuniti yang lebih tinggi dalam kalangan orang ramai dan pengurangan kemungkinan mutasi baru, yang bermakna kebangkitan semula musim sejuk virus tidak mungkin.

"Keadaan tegang tetapi boleh dikawal di hospital," katanya

Kewajipan memakai pelitup muka yang dilaksanakan sejak tercetusnya Covid-19 dijadualkan tamat pada 7 April, tetapi kini akan berakhir lebih awal.

Beberapa negeri di Jerman sudah melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam wilayah.

Bagaimanapun, peraturan mengenai rangkaian kereta api dan bas jarak jauh negara tetap menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 10:45 AM