DAVID Sergeant. FOTO Agensi
DAVID Sergeant. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang lelaki menggemparkan United Kingdom apabila mencabut giginya sendiri dalam tempoh 10 tahun kerana tidak berpeluang mendapat janji temu dengan doktor.

Bekas penjual daging dari Leeds, David Sergeant, 50, mendakwa dia terpaksa menggunakan playar atau tangannya sahaja untuk mencabut gigi yang menyakitkan kerana tidak dapat berjumpa doktor gigi profesional.

Katanya, keadaan kewangan tidak mengizinkan menyukarkannya mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan swasta.

"Saya membuat janji temu melalui Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHS) yang dibiayai kerajaan dan terpaksa menunggu lama antara 10 atau 15 tahun untuk mendapatkan rawatan.

"Saya akhirnya menunggu sehingga gigi itu longgar sebelum melonggarkan dan mencabutnya sendiri.

"Saya pernah menggunakan playar besar, tetapi kebanyakan masa saya hanya menggunakan jari saya sahaja," katanya.

Katanya, dia menggunakan bir dan beberapa ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit akibat cabut gigi tanpa peralatan khusus dan kepakaran.

Kes Sergeant itu tular sekali lagi membawa keadaan sistem pergigian yang dibiayai NHS menjadi perhatian.

Mail Online mendakwa, keadaan itu lebih teruk berbanding sebelum ini apabila ribuan doktor gigi NHS berhenti daripada menangani wabak itu.

Situasi ini disebabkan kekurangan dana kerajaan hingga memberi pilihan kepada orang ramai untuk pergi mendapatkan rawatan di premis kesihatan swasta atau bertindak sendiri seperti dilakukan Sergeant kerana kurang berkemampuan.

Pada tahun 2016, seorang lelaki melakukan pembedahan sendiri selepas dimasukkan ke dalam senarai menunggu NHS dan pembedahannya dibatalkan sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 9:22 AM