KESAN kerosakan akibat perang di Bucha. FOTO AFP
KESAN kerosakan akibat perang di Bucha. FOTO AFP
AFP

Kyiv: Polis Ukraine, pada Sabtu, melaporkan penemuan tiga mayat dengan tangan terikat di belakang ketika Rusia terus menyerang bahagian timur negara itu.

Mayat itu ditemukan pada Jumaat di lubang berhampiran Bucha yang terletak berhampiran bandar ini.

"Tangan mangsa terikat, kain menutup mata mereka dan ada yang tersentak. Terdapat kesan kecederaan akibat penyiksaan pada mayat, " kata polis Kyiv dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Ketiga lelaki itu ditembak di bahagian telinga, katanya.

Ukraine juga melaporkan bahawa serangan Rusia di Kharkiv iaitu bandar kedua terbesar di negara ini, dan di wilayah Donbas di timur, membunuh seorang mangsa manakala dan 12 lagi cedera.

"Keadaan di rantau Kharkiv adalah sukar. Bagaimanapun kita ada tentera, kepintaran dan taktikal yang berjaya, "kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dalam kenyataan terkini di televisyen.

Dalam pada itu, tentera Ukraine memaklumkan mereka sudah menawan semula kampung Ruska Lozova, berhampiran Kharkiv, yang diduduki oleh tentera Rusia selama dua bulan.

Ratusan orang awam dipindahkan dari kawasan itu.

"Dua bulan yang amat menakutkan. Tiada yang lain, ketakutan yang dahsyat dan tidak henti-henti," kata Natalia, 28, iaitu salah seorang mangsa dipindahkan dari Ruska Lozov selepas tiba di Kharkiv.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 11:21 AM