GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Vienna: Malang nasib seorang lelaki di Austria apabila alat sulitnya digigit ular sawa ketika berada di dalam tandas di rumahnya.

New York Post melaporkan jurucakap polis memberitahu reptilia itu dipercayai terlepas dari rumah jiran mangsa, sebelum menyelinap masuk melalui saluran perparitan.

Mangsa iaitu lelaki berusia 65 tahun yang menetap di Graz diserang ular sawa albino sepanjang lebih 1.5 meter (m) dalam kejadian jam 6 pagi, Isnin lalu.

Berdasarkan laporan polis di wilayah Styria, mangsa digigit ular ketika duduk di mangkuk tandas.

"Tidak lama selepas duduk, dia berasa seperti ada sesuatu menggigit alat sulitnya," kata polis dalam satu kenyataan.

Ular sawa yang lazimnya ditemukan di Asia tetapi tidak berbisa itu mampu membesar sehingga panjangnya boleh mencecah 8.84 meter.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pakar ular dikejarkan ke rumah mangsa untuk menangkap haiwan berkenaan sebelum mengembalikan semula haiwan itu kepada pemiliknya yang berusia 24 tahun.

Difahamkan, jiran mangsa memelihara 11 ular tidak berbisa di pangsapuri didiaminya.

Lelaki itu juga memelihara cicak tokek (gecko) yang disimpan di bekas terarium dan laci di dalam kediamannya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya kini menyiasat pemilik ular berkenaan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada secara tidak sengaja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 6:35 AM