FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat menyenaraikan vaksin anti-Covid-19 Moderna untuk penggunaan kecemasan.

Prosedur penyenaraian itu dapat membantu pelbagai negara untuk mengakses keberkesanan vaksin itu secepat mungkin.

Ia juga skim perkongsian vaksin Covax dan rakannya untuk mengedarkan vaksin itu kepada negara-negara miskin.

Vaksin Amerika Syarikat itu adalah vaksin kelima menerima penyenaraian kecemasan WHO.

Vaksin lain adalah Pfizer BioNTech; AstraZeneca; Institut Serum India; dan Janssen.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 8:32 AM