PETUGAS kesihatan bersedia untuk memberikan vaksin Covid-19 Moderna di Reading, barat London. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan bersedia untuk memberikan vaksin Covid-19 Moderna di Reading, barat London. FOTO AFP
BERNAMA

London: United Kingdom (UK) berjaya menyelesaikan pemberian vaksin dos pertama untuk jutaan rakyatnya termasuk yang berusia 50 tahun ke atas lebih awal berbanding jadual asal, menurut Downing Street.

"Kami kini melepasi satu lagi pencapaian penting dalam program vaksin dengan menawarkan suntikan kepada semua golongan dalam sembilan kumpulan berisiko tinggi.

"Bermakna lebih 32 juta orang telah diberi vaksin Covid-19," kata Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Sputnik.

"Sasaran dicapai lebih awal berbanding jadual asal, kerajaan berikrar menawarkan dos pertama kepada kelompok utama menjelang 15 April.

"Secara keseluruhan hampir 40 juta vaksin sudah diberikan, selepas ini golongan dewasa di bawah umur 50 tahun dijangka mula dipanggil dalam beberapa lagi," menurut Downing Street.

Kempen vaksinasi besar-besaran dimulakan di UK pada Disember tahun lalu.

Terkini, UK mencatatkan lebih 4.3 juta kes Covid-19 dan kematian melebihi 127,000, menurut Universiti Johns Hopkins.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 9:51 AM