VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
BERNAMA

Ankara: Hampir 104.6 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di Turki sejak negara ini melancarkan kempen imunisasi Januari lalu, kata Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Seramai 52.5 juta orang mendapat dos pertama sementara lebih 41.7 juta lagi lengkap divaksin, lapor Agensi Anadolu.

Turki juga telah memberikan suntikan tambahan atau penggalak kepada lebih 9.7 juta orang.

Sementara itu, sebanyak 27,692 kes baharu dan 237 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Sejak Disember 2019, wabak ini sudah meragut lebih 4.67 juta nyawa di sekurang-kurangnya 192 negara dan wilayah, dengan hampir 227.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 12:18 PM