SARAH Govier. FOTO Facebook Sarah Govier
SARAH Govier. FOTO Facebook Sarah Govier
Agensi

London: Seorang wanita di United Kingdom berkongsi pengalamannya apabila deria rasa dan baunya masih terjejas meskipun sudah lama disahkan sembuh daripada Covid-19.

Malah, wanita itu mendapati semua makanan berbau busuk, dengan berpendapat rasa daging seperti sabun dan kopi berbau asap kenderaan.

The Sun melaporkan Sarah Govier, 44 dari Whitstable, Kent dijangkiti Covid-19 pada Mei dan seperti kebanyakan orang lain, dia kehilangan deria bau.

Ibu kepada dua anak itu berkata, akibatnya, dia merasakan hampir semua makanan berbau busuk dan berat badannya turun kerana dia hampir tidak boleh makan makanan kegemarannya.

Dia akui rasa daging tak ubah seperti sabun, ubat gigi seperti bau petrol dan kopi berbau umpama asap kenderaan.

Manakala bawang putih dan merah yang dimakan mengingatkannya kepada bau anjing.

Kek coklat yang dirasanya langsung tidak sedap sehingga dia meluahkan semula makanan itu dari mulutnya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 7:50 AM