PESAWAT Qantas. FOTO fail Reuters
PESAWAT Qantas. FOTO fail Reuters
Reuters

Perth: Juruterbang sebuah pesawat Qantas Airways menutup salah satu daripada dua enjin penerbangan itu, ketika ia menghampiri Perth, pada malam Isnin.

Bagaimanapun, pesawat Airbus itu mendarat dengan selamat, kata syarikat penerbangan itu kepada Reuters pada Selasa.

Pesawat Airbus A330-200 itu dilaporkan meminta keutamaan untuk mendarat sebelum menghampiri ke bangunan terminal, kata jurucakap syarikat penerbangan terbesar Australia itu.

Media Australia memetik penumpang dalam penerbangan Melbourne ke Perth sebagai mendengar bunyi kuat atau dentuman dari satu sisi pesawat.

Jurutera Qantas sedang memeriksa pesawat itu, kata syarikat penerbangan itu.

"Kami tahu ini akan meresahkan pelanggan di dalam kapal terbang dan kami berterima kasih atas kerjasama dan pemahaman mereka," kata Qantas.

Kegagalan enjin adalah kejadian yang jarang berlaku, tetapi pesawat enjin berkembar direka untuk terbang pada satu enjin dan juruterbang dilatih untuk berbuat demikian.

Pesawat lorong berkembar itu berusia 21 tahun, menurut penyedia risikan penerbangan ch-aviation.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 9:39 AM