SITTIPUNT yang dilihat berpaut pada bumbung kereta dipandu isterinya sebelum diselamatkan polis.
SITTIPUNT yang dilihat berpaut pada bumbung kereta dipandu isterinya sebelum diselamatkan polis.
Agensi

Bangkok: Kerana cemburu, seorang lelaki Thailand sanggup membahayakan diri dengan berpaut di atas bumbung kereta dipandu isterinya di Lebuhraya Asia, tengah wilayah Ayutthaya.

Sittipunt, 40, berkeadaan demikian untuk seketika sehingga dia diselamatkan polis selepas kereta itu dipandu sejauh 15 kilometer (km).

Lans Koperal Tiwa Puttakawee daripada Balai Polis Phrain Racha yang melihat insiden, mengarahkan isteri Suttipunt iaitu Sunan, 39, memberhentikan kenderaan.

Kereta itu turut dinaiki teman lelaki Sunan yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketika disoal polis, Sittipunt sambil menangis memberitahu dia berkahwin dengan Sunan, 20 tahun lalu dan mempunyai tiga anak bersama, namun rumah tangga mereka berantakan.

Ketika hari kejadian, mereka sepatutnya bertemu untuk menandatangani dokumen perceraian, sebelum masalah berlaku yang membawa kepada insiden terbabit.

Dakwanya, isterinya sebelum ini kerap menipu dan menjalin hubungan terlarang tetapi sering dimaafkan, sehingga Sunan bertemu kekasih yang dikenali di TikTok dan meminta cerai.

Sittipunt akhirnya bersetuju untuk bercerai dan meminta Sunan memenuhi permintaan terakhirnya untuk mereka meluangkan masa bersama-sama.

Malangnya, Sunan mungkir janji apabila keluar dengan teman lelakinya dan Sittipunt yang terserempak dengan kenderaan mereka di lebuh raya itu, serta mengarahkan isterinya supaya berhenti untuk berbincang.

Sittipunt kemudian melanggarnya kereta Sunan dalam usaha menghentikan kereta itu, sebelum keluar dari kenderaannya untuk menghampiri wanita berkenaan.

Bagaimanapun, Sunan nekad memandu yang menyebabkan Sittipunt berpaut pada kereta wanita itu sejau 15km dan diancam dengan pemanduan laju agar dia jatuh.

Sunan pula mendakwa Sittipunt sebelum ini pernah mengugut untuk mencederakannya.

Dia tidak berbincang kerana bimbang Sittipunt akan menyerangnya dan berbanding menerima tawaran lelaki itu, Sunan memilih untuk keluar bersama teman lelakinya demi keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 2:41 PM