BANJIR di bandar Hoi An, Quang Nam, Vietnam akibat Ribut Tropika Noru. Laos turut terjejas akibat ribut taufan itu. FOTO AFP
BANJIR di bandar Hoi An, Quang Nam, Vietnam akibat Ribut Tropika Noru. Laos turut terjejas akibat ribut taufan itu. FOTO AFP
BERNAMA

Vientiane: Taufan Noru kini membadai wilayah Attapeu di selatan Laos dan menyebabkan beberapa kawasan di wilayah itu dilanda banjir.

Biro cuaca Laos pada Rabu mengeluarkan amaran hujan lebat dan banjir dijangka melanda di beberapa kawasan lain, lapor Xinhua.

Banjir menyebabkan sebilangan besar penduduk terjejas dan menenggelamkan kira-kira 300 rumah di daerah Sanxay di wilayah Attapeu.

Noru membadai Laos pada Rabu dan pihak berkuasa tempatan bertungkus lumus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan.

Banjir turut memusnahkan kolam ikan dan merosakkan sistem pengairan, sekolah, talian elektrik, kemudahan penjagaan kesihatan, jalan raya serta infrastruktur lain.

Kementerian Pertahanan mengarahkan kira-kira 40,000 tentera untuk membantu operasi menyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 3:47 PM