FOTO fail pada 2021 penduduk beratur menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Wuhan. FOTO Chinatopix/ AP
FOTO fail pada 2021 penduduk beratur menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Wuhan. FOTO Chinatopix/ AP
Reuters

Wuhan: Daerah metropolis di Wuhan menggantung secara sementara operasi perniagaan dan pengangkutan awam di sebuah daerah dengan sejuta penduduk pada Rabu.

Ia selepas pihak berkuasa mengesan beberapa kes baharu Covid-19.

China mengamalkan dasar sifar Covid, yang menyaksikan ujian saringan besar-besaran, sekatan terhadap aktiviti perniagaan dan pergerakan penduduk serta kuarantin ketat.

Ia bertujuan menghalang penularan virus itu.

Strategi itu berjaya membantu Wuhan dan kawasan lain di negara berkenaan dalam mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, polisi ketat itu memberi kesan kepada keyakinan peniaga dan perjalanan orang ramai.

Sejak Rabu lalu, daerah Jiangxia di Wuhan dengan lebih 900,000 penduduk dikenakan sekatan tiga hari.

Pihak berkuasa melarang perhimpunan orang, acara dan jamuan besar di restoran.

Selain itu, ia menutup pusat hiburan, pasar pertanian dan klinik kecil di samping menggantung perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.

Ia juga tidak membenarkan penduduknya untuk meninggalkan daerah itu selama tempoh tiga hari berkenaan dan tidak menggalakkan pengembara ke kawasan sama.

Perintah itu selepas pihak berkuasa Jiangxia pada Selasa mengesan tiga kes baharu Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2022 @ 9:28 AM