PELAJAR universiti dan polis bertembung ketika demonstrasi meminta Gotabaya meletak jawatan. FOTO AFP
PELAJAR universiti dan polis bertembung ketika demonstrasi meminta Gotabaya meletak jawatan. FOTO AFP
Reuters

Colombo: Sri Lanka hari ini melantik sembilan anggota kabinet baharunya ketika negara itu berdepan itu krisis ekonomi terburuk dalam sejarah.

Pelantikan baharu itu membabitkan menteri untuk portfolio kritikal seperti kesihatan, perdagangan dan pelancongan.

"Sembilan menteri kabinet kerajaan baharu semua parti mengangkat sumpah di hadapan Presiden Gotabaya Rajapaksa," kata kenyataan berita presiden.

Sebelum ini, ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe mengambil alih jawatan perdana menteri bulan ini untuk membentuk kabinet baharu selepas abang presiden, Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 2:29 PM