TANGMO Nida. FOTO Agensi
TANGMO Nida. FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Pasukan penyelamat menemui mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida, 38, di Sungai Chao Phraya di sini, semalam.

The Phuket News melaporkan mangsa ditemukan terapung tidak jauh dari Jeti Pibul Songkram 1, dua hari selepas dia terjatuh dari bot lajut.

Pelakon wanita yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu, ketika menaiki perahu di Sungai Chao Phraya bersama-sama rakannya.

Menurut laporan media, Nida duduk di belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. Nida tidak memakai jaket keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Februari 2022 @ 8:43 AM