AHLI keluarga melihat jenazah Nehad Bargouthi. FOTO AFP
AHLI keluarga melihat jenazah Nehad Bargouthi. FOTO AFP
AFP

Ramallah: Seorang penduduk Palestin terbunuh selepas ditembak tentera Israel di Tebing Barat, pada Selasa. Kejadian ketika tunjuk perasaan penduduk terhadap tentera rejim zionis.

Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan, seorang rakyat Palestin terbunuh terkena tembakan rejim Israel di barat laut Ramallah, lapor AFP.

Penduduk mengenal pasti mangsa sebagai Nehad Bargouthi, 19.

Tentera zionis dalam satu kenyataan berkata, insiden itu bermula apabila berpuluh-puluh rakyat Palestin menghampiri pos tentera bersebelahan dengan jalan utama dan komuniti di situ.

Penduduk kampung Kafr Ein berkata, Nihad dipenjarakan pada 2018 dan dibebaskan baru-baru ini.

Menurut abangnya, Ihab Bargouthi, dia adalah bekas tahanan yang diseksa dan dikenali sebagai orang yang baik.

"Terdapat rusuhan di kampung Nabi Saleh. Nihad menyertai sebarang rusuhan yang dia dengar." katanya.

Kejadian berkenaan berlaku kurang dua hari selepas seorang lagi remaja maut akibat tembakan tentera Israel berhampiran bandar Jenin di Tebing Barat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Februari 2022 @ 10:08 AM