ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di depan Stesen Seoul, Seoul. FOTO EPA
ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di depan Stesen Seoul, Seoul. FOTO EPA
Reuters

Seoul: Korea Selatan akan mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19, bulan ini, dan membekalkan berjuta-juta kit ujian tambahan untuk mengurangkan jangkitan.

Omicron mencatatkan kes yang tinggi di negara itu, namun tetapi vaksinasi yang meluas dengan suntikan penggalak pertama diterima oleh lebih 57 peratus daripada populasi 52 juta, membantu mengurangkan kematian dan jangkitan serius, lapor Reuters.

Kumpulan berisiko tinggi akan menjadi yang pertama mendapat dos keempat, yang juga suntikan penggalak kedua, Menteri Kesihatan Kwon Deok-cheol.

"Kami bercadang untuk memberikan suntikan keempat kepada mereka yang tinggal di rumah jagaan dan kemudahan penjagaan serta mereka dengan imunisasi yang merosot, berikutan peningkatan jangkitan, baru-baru ini, dalam kalangan orang berumur 60 tahun ke atas," katanya.

Sekurang-kurangnya 44.22 juta orang, atau 86.2 peratus daripada populasi, diberi vaksin sepenuhnya.

Sebanyak 54,619 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah jangkitan kepada 1,405,246 menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Jumlah kematian di negara itu meningkat sebanyak 21 kepada 7,102 orang.

Dalam taklimat berasingan, Pengarah KDCA Jeong Eun-kyeong berkata, penerima dos keempat termasuk kira-kira 500,000 individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan, dan 1.3 juta yang lain yang mengalami gangguan imun.

Bagaimanapun, mereka yang di luar kumpulan ini belum dinasihatkan untuk menerima vaksin tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 9:44 AM