Bas membawa pelajar memasuki pekarangan Universiti Laghman. - FOTO AFP
Bas membawa pelajar memasuki pekarangan Universiti Laghman. - FOTO AFP
AFP

Mihtarlam, Afghanistan: Beberapa universiti awam di Afghanistan dibuka semula buat pertama kalinya selepas Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Ogos tahun lalu.

Ia juga turut dihadiri pelajar perempuan dengan kelas diasingkan mengikut jantina.

Kebanyakan sekolah menengah untuk perempuan dan semua universiti awam ditutup ketika Taliban mula memegang pentadbiran Afghanistan, menimbulkan ketakutan bahawa pelajar perempuan tidak dibenarkan mendapat pendidikan sebagaimana ketika Taliban memegang kuasa pada 1996 hingga 2001.

"Ia adalah saat menggembirakan ketika kelas bermula. Namun, kami masih bimbang jika Taliban hentikan semua ini," kata Zarlashta Haqmal yang juga pelajar jurusan undang-undang dan sains politik di Universiti Nangarhar kepada AFP.

Seorang penganalisis berkata, pembukaan semula universiti adalah penanda penting untuk Taliban mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pegawai berkata, universiti di Laghman, Nangarhar, Kandahar, Nimroz, Farah dan Helmand dibuka pada Rabu.

Lebih banyak universiti akan dibuka semula di seluruh negara pada bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 5:34 PM