KANAK-KANAK berkenaan. FOTO Agensi
KANAK-KANAK berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Sanaa: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa dipotong tangan kirinya selepas digigit singa ketika keluarganya melawat zoo di Yaman.

Gulf News melaporkan, kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa apabila binatang itu menggigit tangannya.

Mangsa ditemani ayahnya yang sedang sibuk mengambil gambarnya.

Kanak-kanak itu, dan bapanya yang kini koma selepas melihat tangan anak perempuannya di dalam mulut singa dibawa ke hospital.

Penyokong hak asasi manusia menganggap bapa kanak-kanak itu dan pentadbiran zoo yang berada di bawah kawalan militin Houthi bertanggungjawab atas tragedi itu.

Mereka juga mengecam tindakan pentadbiran yang tidak menghiraukan keselamatan pelawat terutama kanak-kanak yang sesetengahnya cenderung mendekati haiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 10:08 AM