GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Riyadh: Arab Saudi mula memberikan dos kedua vaksin Covid-19 kepada semua peringkat umur bermula semalam.

"Dos kedua vaksin Covid-19 ini diberikan kepada semua peringkat umur menerusi temujanji dalam aplikasi Sehhaty," kata Kementerian Kesihatan negara itu menerusi kenyataan di Twitter.

Lebih 19 juta dos vaksin sudah disuntik setakat ini di 587 pusat vaksinasi seluruh negara itu.

Pertengahan April lalu, kementerian mengumumkan penangguhan pemberian dos kedua vaksin kepada mereka yang sudah menerima dos pertama.

Ini bagi memastikan tahap imunisasi sebahagian besar penerima dos pertama terlebih dulu.

Kementerian Kesihatan, baru-baru ini, mengumumkan dos kedua vaksin sudah boleh diberikan kepada penduduk berusia 60 tahun ke atas.

Kempen vaksinasi pula kemudiannya diperluaskan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 9:32 AM