GAMBAR peserta ratu cantik Miss Grand Thailand yang dirakam pada 27 Jun lalu. FOTO AFP
GAMBAR peserta ratu cantik Miss Grand Thailand yang dirakam pada 27 Jun lalu. FOTO AFP
AFP

Bangkok: Ratu cantik Thailand yang mengambil bahagian dalam pertandingan bulan lalu, berhadapan pertuduhan jenayah kerana tidak memakai pelitup muka, polis memberi amaran itu pada Ahad, selepas wujud kluster Covid-19 menjangkiti 22 individu.

13 peserta dan sembilan lagi yang didakwa terbabit dengan Pertandingan Miss Grand Samut Sakhon, yang diadakan di Bangkok pada hujung Jun, disahkan positif Covid-19

Thailand sedang berhadapan dengan gelombang jangkitan ketiga dengan 9,539 kes baharu dan 86 kematian diumumkan pada Sabtu.

"Kemungkinan lebih ramai terbabit dalam pertandingan ini termasuk peserta yang melanggar peraturan dan undang-undang," Timbalan Komisioner Polis Piya Tawichai, kepada wartawan di Bangkok pada Ahad.

"Penganjur memperoleh kebenaran untuk mengadakan acara itu bagaimanapun perlu mengikuti 20 peraturan khusus termasuk memakai pelitup muka.

"Mereka yang hadir dan tidak memakai pelitup muka juga dikira melanggar peraturan. Pengajur dan peserta kini dalam siasatan dan akan berhadapan dengan pertuduhan jenayah," katanya.

Gambar di Facebook penganjur juga jelas menunjukkan mereka tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Minggu lalu, pemerintah Thailand mengumumkan perintah berkurung di Bangkok dan sembilan wilayah panas lain, melarang orang keluar dari jam 9 malam hingga 4 pagi.

Thailand mencatatkan sejumlah 336,371 kes dengan 2,711 kematian.

Sebilangan besar jangkitan berlaku sejak April. Negara ini juga kehabisan katil hospital dan pemerintah Thailand berhadapan dengan masalah proses vaksinasi lambat dan ujian terhad.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 5:30 PM