PELABUHAN Sultan Qaboos di Muscat, FOTO fail AFP
PELABUHAN Sultan Qaboos di Muscat, FOTO fail AFP
Agensi

Muscat: Oman melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) penuh selama tiga hari mulai Hari Raya Aidiladha.

Ia meliputi larangan solat sunat berjemaah, pasar dan perhimpunan, dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, lapor Agensi Berita Oman (BNA), semalam.

Ia diputuskan oleh jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri, Sayyid Hamoud Faisal Al-Busaidi.

Menerusi arahan terbaru itu, semua sekatan aktiviti sosial dan pergerakan individu dan kenderaan, dilarang, mulai 5 petang hingga 4 pagi, bermula 16 Julai depan.

Bagaimanapun, larangan keluar sepanjang hari ditetapkan pada sekatan pergerakan penuh selama tiga hari mulai Hari Raya Aidiladha.

Musandam bagaimanapun dikecualikan daripada larangan itu kerana bilangan jangkitan yang rendah dan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di sana.

Meskipun begitu, tiada orang luar dibenarkan datang ke Musandam berkuat kuasa 9 Julai kecuali bagi mereka yang sudah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang diiktiraf di Oman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 10:44 AM