PETUGAS kesihatan menyediakan dos suntikan vaksin COvid-19 Sinovac di salah satu pusat vaksinasi di Manila. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan menyediakan dos suntikan vaksin COvid-19 Sinovac di salah satu pusat vaksinasi di Manila. FOTO AFP
BERNAMA

Manila: Filipina melanjutkan lagi larangan perjalanan untuk kemasukan semua pelancong dari India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hingga 30 Jun, kata jurucakap presiden Harry Roque, Isnin.

Dalam satu kenyataan, Roque menyatakan Presiden Rodrigo Duterte bersetuju melanjutkan sekatan perjalanan untuk mencegah varian yang lebih cepat menular, lapor Xinhua.

Awalnya, Filipina mengenakan sekatan perjalanan dari India bermula 29 April kerana lonjakan Covid-19 di negara itu. Larangan kemudiannya diperluaskan kepada pelancong dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka, mulai 7 Mei.

Filipina juga melarang ketibaan antarabangsa dari Oman dan UAE pada 15 Mei selepas pekerja Filipina dari luar negara yang tiba dari negara berkenaan positif varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di India.

Pada Isnin, Filipina mencatatkan 1,322,053 kes Covid-19 termasuk 22,845 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 12:14 PM