GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Sydney: Australia mengharamkan sementara penerbangan komersial dari India susulan peningkatan kes Covid-19 di negara Asia Selatan itu.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata, arahan itu berkuat kuasa sehingga sekurang-kurangnya 15 Mei.

Beliau berkata, ia mengambil kira risiko kesihatan pengembara dari India,

Langkah itu selepas Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom mengambil tindakan sama.

Pada Isnin, India merekodkan 352,991 kes baharu Covid-19 dengan 2,812 kematian, angka tertinggi peringkat global sejak penularan pandemik berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 5:13 PM