GAMBAR fail. FOTO AFP
GAMBAR fail. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan Amerika Syarikat (AS) yang mendapati pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menyetujui pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.

Kementerian Luar Negeri Saudi dalam kenyataannya semalam berkata, Arab Saudi menolak sepenuhnya penilaian negatif, palsu dan tidak dapat diterima dalam laporan berkaitan dengan kepemimpinan kerajaan itu, laporan itu berisi informasi dan kesimpulan yang tidak tepat.

Dalam laporan dikeluarkan pentadbiran Presiden Joe Biden, perisik AS menyimpulkan bahawa Putera Mohammed menyetujui operasi di Istanbul, Turki untuk menangkap atau membunuh Khashoggi.

Arab Saudi bagaimanapun dengan tegas menafikan Putera Mahkota terbabit dengan pembunuhan wartawan itu.

"Malangnya, laporan tidak tepat ini dikeluarkan ketika kerajaan Arab Saudi dengan jelas mengecam perbuatan jenayah ini dan kepemimpinan kerajaan mengambil langkah-langkah diperlukan untuk memastikan tragedi seperti itu tidak akan terjadi lagi.

"Kerajaan menolak segala tindakan yang melanggar kepemimpinan, kedaulatan, dan kebebasan sistem kehakimannya," kata Kementerian Luar Arab Saudi.

Khashoggi, pengkritik Putera Mohammed, ditawarkan ke konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018 dan dibunuh oleh pasukan Arab Saudi.

Laporan AS menyatakan bahawa, berdasarkan pengaruh Putera Mohammed, sangat tidak mungkin pembunuhan itu boleh terjadi tanpa mendapat 'lampu hijau'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 12:16 PM