Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Doha: Oman mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 membabitkan penduduk tetap yang baru pulang dari United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik.

"Kes itu dikesan selepas individu berkenaan mengalami masalah pernafasan ketika menjalani kuarantin.

"Individu terbabit menjalani saringan sebelum pulang ke Oman," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Pada 14 Disember lalu, UK mengumumkan strain baharu Covid-19 yang 70 peratus lebih mudah merebak dikesan di negara itu.

Berikutan itu, banyak negara mengenakan larangan sementara keluar dan masuk dari UK.

Kes COVID-19 di Oman kini berjumlah hampir 130,000, lebih 122,400 orang pulih dan 1,502 meninggal dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 12:37 PM