INSIDEN seorang wanita membuang air kecil di lantai pesawat Spirit Airlines.
INSIDEN seorang wanita membuang air kecil di lantai pesawat Spirit Airlines.
Agensi

Washington: Wanita membuat onar apabila dirakam membuang air kecil di atas lantai pesawat Spirit Airlines, baru-baru ini, selepas mendakwa dihalang menggunakan tandas selama dua jam oleh pramugari bertugas.

Metro UK melaporkan, rakaman video mengejutkan yang dimuat naik pada Jumaat menunjukkan seorang wanita mencangkung di dalam pesawat itu.

"Saya (sudah memberitahu) selama dua jam, saya perlu membuang air kecil. Kamu beritahu saya saya tidak boleh (buang air kecil), kamu tutup pintu," kata penumpang berkenaan kepada anak kapal yang merakam videonya.

Wanita itu terus berkata; 'Kapal terbang sudah berhenti, saya tak tahan untuk kencing', sebelum dia menarik semula seluarnya ke atas.

"Kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu, kamu boleh menghantar waran,,. menangkap saya adalah lebih baik daripada ini," tambah penumpang itu.

Sementara itu, pramugari bertugas didakwa meminta penumpang berkenaan minum air kerana air kencingnya mendatangkan bau tidak menyenangkan.

Beberapa minggu lalu, salah satu pesawat syarikat pelancongan bajet itu terbakar selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, pada 10 Julai.

Rakaman oleh seorang penumpang dalam pesawat lain menunjukkan pancaran api dan asap kelabu tebal berkepul-kepul keluar daripada penerbangan 383.

Spirit Airlines memaklumkan insiden itu berlaku akibat brek terlalu panas ketika mendarat pada 9.25 pagi, yang menyebabkan kebakaran kecil.

"Pesawat itu ditarik ke pintu pagar dan penumpang selamat turun tanpa sebarang kecederaan.

"Terima kasih kepada responden pertama Atlanta kerana segera berhubung dengan pesawat itu.

"Pesawat itu akan dikeluarkan buat sementara waktu daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 10:05 AM