GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
BERNAMA

Washington: Gabenor Wisconsin Tony Evers berkata beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif pada minggu depan yang mengharamkan TikTok daripada digunakan untuk peranti elektronik keluaran kerajaan negeri, lapor Sputnik.

"Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif untuk mengharamkannya awal minggu depan," kata Evers dalam satu temu bual pada Jumaat.

Evers berkata, kurang 30 kakitangan negeri menggunakan aplikasi media sosial TikTok pada peranti keluaran kerajaan.

TikTok telah menjadi subjek utama yang diteliti oleh kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) susulan dakwaan kaitan antara syarikat induk ByteDance dan kerajaan China.

Pennsylvania, Kansas, Louisiana, West Virginia, Montana, Virginia, Georgia, New Hampshire, Idaho, North Dakota, Iowa, Alabama, Utah, Tennessee, Oklahoma, Texas, South Carolina, South Dakota, Nebraska, dan Florida antara negeri yang telah mengharamkan TikTok daripada peranti elektronik milik kerajaan atas faktor keselamatan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 3:48 PM