GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

Washington: Amerika Syarikat mendedahkan, penggodam China mencuri puluhan juta dolar dana bantuan Covid-19 negara itu sejak 2020.

Perkhidmatan Rahsia mengesahkan laporan NBC News yang melaporkan pasukan penggodam China bertanggungjawab dalam komuniti penyelidikan keselamatan sebagai APT41 atau Winnti.

Menurut pakar, APT41 ialah kumpulan penjenayah siber prolifik yang melakukan gabungan pencerobohan siber yang disokong kerajaan dan pelanggaran data bermotifkan kewangan.

Beberapa ahli kumpulan penggodam didakwa pada 2019 dan 2020 oleh Jabatan Kehakiman AS kerana mengintip lebih 100 syarikat merangkumi syarikat pembangunan perisian, penyedia telekomunikasi, firma media sosial dan pembangun permainan video.

Bekas Timbalan Peguam Negara Jeffrey Rosen berkata, Parti Komunis China memilih jalan berbeza untuk menjadikan China selamat bagi penjenayah siber asalkan mereka menyerang komputer di luar China dan mencuri harta intelek yang membantu China.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan maklum balas Kedutaan China di Washington tidak berjaya apabila mereka enggan memberi maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 10:16 AM