Harri Cook (kanan) dan Nicky Horsley mengubahsuai bas sekolah menjadi kediaman. FOTO Agensi
Harri Cook (kanan) dan Nicky Horsley mengubahsuai bas sekolah menjadi kediaman. FOTO Agensi
Agensi

New York: Kesukaran mendapatkan pekerjaan dan kos hidup yang tinggi menyebabkan pasangan kekasih dari Britain memilih untuk tinggal nomad di dalam bas sekolah.

Harri Cook, 23, dan Nicky Horsley, 22, sebelum ini menjelajah Eropah menggunakan van mini.

Kini, Cook dan Horsley hidup secara nomad dengan menggunakan bas sekolah mini yang diubah suai.

Mereka hanya belajar kerja pengubahsuaian itu hanya menerusi video yang dikongsi pemilik van lain.

Keadaan ini menjadikan mereka bebas untuk bergerak dan tidur tanpa perlu runsing memikirkan kos sewa rumah.

Untuk tempoh sebulan, mereka membelanjakan AS$1,000 (kira-kira RM4,400) untuk petrol dan makanan.

Ini adalah permulaan baharu kehidupan mereka yang masih sukar mendapat kerja selepas tamat pengajian di universiti.

Nicky berkata, mereka mendapat wang menerusi pekerjaan separuh masa dan hasilnya dikumpul untuk membeli bas.

"Kami menghabiskan AS$5,000 (kira-kira RM22,000) membuat pengubahsuaian ruang dalaman bas.

"Kami juga berharap bas ini dapat dijual selepas selesai menjelajah kelak dan kini kami hidup tanpa perlu menyewa rumah," katanya.

Beliau berkata, ada juga dalam kalangan masyarakat yang memandang negatif gaya hidup mereka.

Katanya, mereka beranggapan apa yang dimiliki adalah hasil tajaan ibu bapa sedangkan mereka tidak membayar apa pun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 7:00 AM