Christina Lusk
Christina Lusk
Agensi

Washington: Seorang wanita transgender yang sedang menjalani hukuman di Penjara Lelaki Moose Lake di Minnesota, Amerika Syarikat (AS), bertindak menyaman pihak berkuasa penjara, sebanyak 40,000 pound Sterling (kira-kira RM216,312).

Daily Star melaporkan Christina Lusk, 56, berdepan penderaan seksual dan lisan sejak dipenjarakan selepas mengaku bersalah memiliki atas tuduhan memiliki dadah.

Namun, penempatannya di penjara lelaki dianggap sebagai diskriminasi.

Lusk, yang mengakui dirinya sebagai transgender 14 tahun lalu sebelum secara rasmi menukar namanya pada 2018.

Tahun berikutnya, dia mengaku salah atas kesalahan berhubung pemilikan dadah.

Dia sudah meminta untuk dipindahkan dari kemudahan lelaki ke penjara wanita di Shakopee yang terletak berdekatan.

Seorang peguam untuk kumpulan Gender Justice, Jess Braverman yang mewakili Lusk bersama firma undang-undang Minneapolis, Robins Kaplan, berkata: "Dia seorang wanita, dan tiba-tiba dia ditempatkan di kemudahan lelaki.

"Dia berada dalam sel terkunci dengan beberapa lelaki, dan dia benar-benar terdedah kepada gangguan dan keganasan dalam suasana itu."

Semasa di penjara, Lusk juga dinafikan pembedahan yang mengesahkan jantina oleh pegawai koreksional, menurut dokumen mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa prosedur yang sama sudah diluluskan oleh dokumen, sebelum dia dipenjarakan.

Lusk menulis dalam aduan itu berkata, dia sudah didiagnosis dengan disforia gender (GD) yang teruk.

"Saya sudah cuba membunuh diri sebanyak empat kali kerana kesusahan teruk saya yang disebabkan oleh GD. Kapasiti mental saya terkawal dan saya boleh membuat keputusan yang baik.

"Saya mempunyai surat sokongan daripada doktor utama saya, pakar jantina saya, ahli terapi saya, serta pakar psikiatri saya. Hanya dua surat diperlukan untuk pembedahan tetapi saya pergi dan melampaui apa yang diperlukan," katanya.

Kedudukan Lusk dalam penjara lelaki dan keputusan Jabatan Koreksional untuk menafikan pembedahan adalah tidak berperlembagaan dan melanggar hak asasi manusia, menurut tuntutan mahkamah.

"Christina Lusk diiktiraf secara sah dan sosial sebagai wanita - termasuk oleh negeri Minnesota. Namun, Jabatan Koreksional Minnesota menganggap Lusk sebagai seorang lelaki semata-mata kerana dia transgender," kata tuntutan mahkamah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 6:30 AM