Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Washington: Angka korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Sehingga Sabtu, data menunjukkan 700,258 orang Amerika maut dan lebih 43.61 juta sudah dijangkiti, lapor Sputnik.

Wabak flu (selesema) Sepanyol yang pernah melanda negara itu dari 1918 hingga 1919 mengorbankan kira-kira 675,000 orang di AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Penyelidik di Universiti Washington turut meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 12:42 PM