KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 12 yang lain cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai runcit berhampiran Memphis di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Penyerang turut maut, kemungkinan suspek menembak diri sendiri, kata Ketua Polis Collierville, Dale Lane pada sidang media.

Katanya, polis sedang menunggu peralatan khas untuk melakukan siasatan ke atas kenderaan suspek yang diletakkan di tempat letak kereta Pasaraya Kroger.

Laporan awal menyatakan 13 orang dilaporkan cedera dan jumlah mangsa mungkin akan berubah.

"Kejadian ini mengerikan. Saya sudah terbabit selama 34 tahun dan tidak pernah melihat perkara seperti itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 12:22 PM