FOTO fail menunjukkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO AFP
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) dijangka meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk individu berusia 12 tahun dan ke atas pada minggu depan, lapor media negara itu.

Pfizer sudah mengemukakan permohonan untuk penggunaan kecemasan vaksin itu untuk kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 dan 15 tahun, menurut CNN yang memetik sumber rasmi.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS dijangka memberi kelulusan berkenaan awal minggu depan.

Selepas keputusan FDA itu, jawatankuasa penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan bermesyuarat untuk mengemukakan syor kaedah penggunaan vaksin itu.

Setakat ini, vaksin Pfizer dibenarkan untuk digunakan bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas di AS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 1:17 PM